Kuala Lumpur Attractions Shopping Complex Hotels Golf Club University & College Usefull Links
visit kuala lumpur




Home > News >Kuala Lumpur sifar miskin 2010

kuala lumpur kuala lumpur pahang beach kinabalu
 
 

Kuala Lumpur sifar miskin 2010

DBKL rangka strategi jangka panjang ubah kehidupan, ekonomi warga kota

KUALA LUMPUR: Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) menetapkan sasaran 2010 sebagai sifar kemiskinan tegar di ibu negara dengan membantu golongan sasaran mengubah kehidupan menerusi kemahiran dan peluang perniagaan di bawah kendalian pihak berkuasa tempatan (PBT) itu.

Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Ab Hakim Borhan, berkata peratusan bagi tahap kemiskinan tegar di Kuala Lumpur hanya 0.03 peratus daripada kapasiti penduduknya iaitu seramai 1.6 juta orang, malah ia dijangka terus menurun berikutan pelbagai program menjana pendapatan.

“Tahap kemiskinan tegar yang digariskan kerajaan adalah separuh daripada RM750, namun di Kuala Lumpur, jumlah penduduk atau keluarga yang dimasukkan dalam garis miskin tegar sangat sedikit kerana kebanyakan anak keluarga miskin daripada keluarga terbabit dibekalkan pelajaran dan kemahiran.

“Sebagai usaha penggalak, DBKL bersama agensi berkaitan menawarkan skim pendidikan, kemahiran, bantuan persekolahan, kelas tambahan dan aktiviti lain kepada golongan sasaran termasuk ibu tunggal, warga emas, anak yatim, belia dan orang kurang upaya,” katanya. Beliau berkata demikian selepas majlis penyerahan sumbangan duit raya kepada 450 golongan berpendapatan rendah yang berdaftar dengan Pusat Rahmat membabitkan pemberian wang tunai sebanyak RM300 serta kain setiap seorang di sini, semalam.


Hadir sama, Ketua Pengarah DBKL, Datuk Salleh Yusup dan Pengarah Jabatan Pembangunan Komuniti dan Sosial DBKL, Dr Ismail Stapa.

Aktiviti sumbangan sempena perayaan yang dijalankan sebagai acara tahunan itu diharap mampu meringankan beban warga kota berpendapatan rendah sekali gus berkongsi keceriaan menyambut Aidilfitri yang bakal menjelang tidak lama lagi.

“Kita mempunyai strategi jangka panjang dan pendek merangkumi latihan kemahiran asas seperti jahitan, sulaman, dan kecantikan selain bengkel keusahawan, kaunseling serta pemasaran bagi pelan jangka panjang manakala jangka pendek membabitkan bantuan makanan dan beri peluang pekerjaan.

“DBKL turut bekerjasama dengan Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan yang menyalur bantuan menerusi kami seperti bantuan sewa rumah, kemasukan ke universiti, elaun sara hidup, bantuan ihsan dan beberapa keperluan lain bergantung kepada keadaan penerima,” katanya.

Ab Hakim berkata, usaha menyeluruh itu diharap menjadi pemangkin kepada golongan sasaran untuk berusaha mengubah nasib dan generasi keluarga mereka supaya tidak terus dibelenggu kemiskinan.

Sources:http://www.bharian.com.my/Current_News/BH/Thursday/Wilayah/20080918080311/Article
Copied at 18 September 2008

 




Web
V2KL
powered by
google
The Results is customized for
Place to VISIT MALAYSIA.
Tips: Type place/actual names.

-



visit malaysia

Tel : 03-9235 4848
Malaysia Tourism HotLine


kl ads

msc malaysia

Boycott Israeli
Goods Campaign

boycott israel

israeli not allowed

malaysia best vacation
MALAYSIA BEST
VACATION
 

 

KUALA LUMPUR NEWS


OTHER KUALA LUMPUR PLACE
... Hotels


Usefull Links


[ TOP ] [ HOME ]


visit to kuala lumpur

We endeavor to beneficial our tourism economies. Keep in
touch with us!
REGISTER

register
CTRL+D to bookmark

Freelanced by
> IJAI <
My Blog
Malaysian Programmer


copyright @2006-2009
V2KL v2.0
Disclaimer

ijai[at]visit-to-kl.com