Kuala Lumpur Attractions Shopping Complex Hotels Golf Club Universities & Colleges Usefull Links
visit kuala lumpur




Home > News > Pelancong Mesir pilih Malaysia

kuala lumpur kuala lumpur pahang beach kinabalu
 
 

Pelancong Mesir pilih Malaysia

KAHERAH: Kenaikan harga minyak di pasaran dunia memberikan pulangan lumayan kepada sektor pelancongan negara apabila pelancong negara Timur Tengah terutama Mesir memilih Malaysia sebagai destinasi alternatif utama berbanding negara Eropah.

Pelbagai program dan kemudahan menarik yang disediakan serta kos perbelanjaan yang lebih murah berbanding negara Barat jelas menjadi tarikan utama rakyat Mesir datang ke Malaysia.

Menteri Pelancongan, Datuk Seri Azalina Othman Said berkata, majoriti pelancong Mesir yang datang ke Malaysia kebiasaannya akan menghabiskan masa sekurang-kurangnya sembilan hari dan membelanjakan RM7,000 seorang.

"Mereka dikategorikan sebagai pelancong berkemampuan tinggi dan kita boleh gandakan jumlah kehadiran mereka ke sini. Kenaikan jumlah pelancong Mesir sebanyak 48.4 peratus sehingga September lalu berbanding 24.3 peratus untuk tempoh sepanjang 2007 menggambarkan potensi besar yang dimiliki pelancong Mesir.

“Menjelang 2009, kita akan mempromosikan lebih banyak sektor pelancongan berkaitan aspek perubatan, pendidikan, Program Malaysia Rumah Keduaku serta pelbagai aktiviti berkaitan. Kita berharap lebih ramai pelancong, termasuk dari Mesir akan datang ke negara ini,” katanya.

Beliau memberitahu media dalam rangka lawatan kerja dua hari ke Mesir dan melakukan kunjungan pertama selaku Menteri Pelancongan sempena 'Misi Promosi Malaysia ke Mesir'.

Dalam rangka lawatannya itu, beliau turut menemui Duta Malaysia di Mesir, Datuk Zainal Abidin Ab Kadir, melakukan kunjungan hormat ke atas Menteri Pelancongan Mesir, Zoheir Garranah dan menghadiri mesyuarat bersama agensi pelan-congan Mesir serta jamuan makan malam.

Azalina berkata, Malaysia juga giat mempromosikan pelancongan Islamik, yang mana pelancong Islam tidak mempunyai masalah mendapatkan makanan halal di Malaysia serta pelbagai kemudahan lain.

Selain itu, beliau juga berharap agensi pelancongan Mesir meletakkan Malaysia sebagai antara destinasi pelancongan negara Asia.

“Saya percaya konsep satu destinasi dua negara, yang mana pelancong yang datang ke Thailand atau Singapura, umpamanya akan datang ke Malaysia. Ini akan meningkatkan jumlah pelancong luar ke negara kita,” katanya.

Mengulas mengenai pelancongan perubatan, Azalina menjelaskan, sepanjang tahun lalu, seramai 341,288 pelancong yang dikategorikan sebagai pelancong perubatan menerima kemudahan di Malaysia, termasuk di hospital swasta.

Ditanya sama krisis ekonomi serta kenaikan harga minyak dunia menjejaskan sektor pelancongan secara keseluruhannya, Azalina berkata, perkara itu akan diketahui minggu depan menjelang mesyuarat Menteri Pelancongan di London.

Sources:http://www.bharian.com.my/Current_News/BH/Thursday/Nasional/20081029233457/Article/index_html
Copied at 31 Oktober 2008

 








msc malaysia

kl ads

visit malaysia
Tel : 03-9235 4848
Malaysia Tourism HotLine


boycott israel

malaysia airline logo
Your Prefered Airline

Malaysia Green And Clean



KUALA LUMPUR NEWS


OTHER KUALA LUMPUR PLACE
... Hotels




[ TOP ] [ HOME ]


visit to kuala lumpur

We endeavor to beneficial our tourism economies. Keep in
touch with us!
REGISTER

register


CTRL+D to bookmark

Freelanced by
> FIREFISH <

copyright @2006-2012
V2KL v2.3

Disclaimer

webmaster[at]visit-to-kl.com