logo KUIM menunjukkan Kolej Universiti Islam Malaysia sebagai sebuah institusi pengajian tinggi Islam yang membawa bersama dasar-dasar Islam dalam menyampaikan ilmu kepada penuntut-penuntutnya. |
|
KUIM merupakan sebuah Unversiti Islam Malaysia yang pertama ditubuhkan oleh Kerajaan Malaysia di permulaan abad ke-21. Ia merupakan Institusi Pengajian Tinggi Awam yang ke-12 di negara ini dan didaftarkan dengan nama Kolej Universiti Islam Malaysia. Di antara tujuan penubuhan KUIM ialah memartabatkan pendidikan Islam
serta membawanya ke dalam arus perdana pendidikan negara dan menekankan penggunaan teknologi maklumat dalam sistem pengajaran dan penyelidikannya. Penguasaan bahasa Arab dan Inggeris di samping bahasa kebangsaan juga menjadi tumpuan.
Dalam usaha mempastikan matlamat tersebut terlaksana, KUIM menetapkan enrolmen pelajarnya terhad supaya tumpuan khusus dapat diberikan untuk membina ketrampilan, kebolehan dan disiplin serta keimanan yang jitu di kalangan pelajar.
Kini KUIM mempunyai 7 buah fakulti iaitu:
-
Fakulti Syariah & Undang-Undang (FSU)
-
Fakulti Pengajian Quran & Sunnah (FPQS)
-
Fakulti Kepimpinan & Pengurusan (FKP)
-
Fakulti Ekonomi & Muamalat (FEM)
-
Fakulti Sains & Teknologi (FST)
-
Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan (FPSK)
-
Fakulti Pengajian Bahasa Utama (FPBU)
Selain itu, KUIM juga memberikan tumpuan utama kepada pengajian peringkat siswazah. Adalah dirancangkan 40 peratus daripada enrolmen pelajarnya ialah calon-calon pascasiswazah. Ini bermakna selain daripada tanggungjawab mendidik, KUIM juga menjadi institusi penyelidikan yang utama sebgai teras pengukuhan bidang pengajiannya.
Address;
KOLEJ UNIVERSITI ISLAM MALAYSIA (KUIM)
Bandar Baru Nilai,
71800, Nilai,
Negeri Sembilan, Malaysia
Tel:06-798 8000
Fax:06-799 3843
sources from: http://www.kuim.edu.my